The Arrow
Haii semua!! Harini aku akan menceritakan tentang salah satu rancangan tv yang aku tengok. tajuk dia ialah The Arrow. Cerita The Arrow ni aku tengok dari musim pertama hingga sekarang msim ketujuh.
The Arrow musim ketujuh ini merupakan antara musim yang paling aku minat. Walaupun baru ditayangkan tujuh episod, ia sudah cukup untuk membuat aku merasakan bahawa Arrow musim ketujuh ini akan jadi satu musim yang amat memberi aku dan para penonton yang lain untuk merasa sangat berdebar semasa tengok cerita ni.
Tujuh episod pertama The Arrow musim ketujuh menceritakan tentang bagaimana Oliver Queen yang merupakan wakta utama dalam cerita ini bertahan didalam penjara selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa diepisod akhir musim keenam.
Semasa didalam didalam penjara, Oliver Queen sedar bahawa semua penjenayah yang berada di dalam penjara itu ialah penjenayah yang Oliver Queen sendiri yang masukkan. Hampir semua penjenayah didalam penjara itu bermusuh dengan Oliver Queen.
Disebabkan dendam kepada Oliver Queen semua penjenayah didalam penjara itu melawan dan cuba untuk mencederakan Oliver Queen. Namun usaha mereka adalah sia-sia kerana Oliver Queen merupakan assasin yang terlatih dan cukup handal untuk berlawan.
Episod ketujuh musim ketujuh ini menceritakan tentang Oliver Queen akan dilepaskan dari penjara,tetapi disebabkan dia mempunyai ramai musuh didalam mahupun di luar penjara, Oliver Queen terpaksa berlawan dengan semua musuhnya . Oliver cuba untuk menyelamatkan semua warden penjara yang telah dibelasah teruk oleh penjenayah didalam penjara.
Oliver akhirnya dapat keluar dari penjara setelah menewaskan musuhnya yang cuba membunuhnya. okay tu saje untuk sekarang nanti aku akan cerita lagi apa akan jadi seterusnya okay!
Ni gambar bagaimana Oliver Queen kelihatan ketika menyarungkan suit green arrow jikalau semua masih tertanya kenapa tajuk dia The Arrow.
Comments
Post a Comment