Kolej Matrikulasi Kedah

      Hai semua!! Hari ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku erada di Kolej Matrikulasi Kedah selama setahun. Banyak kenangan pait mans yang telah aku lalui sepanjang berada di sana.
      Setelah aku selesai mengambil SPM di SMK Bukit Indah, aku berasa keliru untuk memilih tempat untuk menyambung pengajian. Setelah berfikir dengan dalam dan mendapat sokongan dari keluarga, aku akhirnya memutuskan untuk memasuki Kolej Matrikulasi Kedah.
      Kolej ini terletak di Changlun, Kedah. Kawasannya dikelilingi sawah padi dan beberapa taman perumahan. Ia juga berdekatan dengan Universiti Utara Malaysia dan juga Perlis.

      
      Hari pertama aku di Kolej Matrikulasi Kedah, merupakan hari pendaftaran dan merupakan hari pertama orientasi. Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar, aku dapat sebuah beg, buku, alat tulis dan 3 helai baju berwarna biru, merah dan kuning. Tamat pendaftaran, kami diarahkan untuk menukar pakaian ke tshirt kolej dan pergi ke Dewan Mahawangs. Kebanyakan aktiviti berlangsung di dewan ini. Semasa berada di dewan, aku mendengar taklimat dari pengarah kolej dan beberapa pensyarah. Aku dan pelajar-pelajar lain juga diberikan lirik lagu kolej. Sampai sekarang lagu Kolej Matrikulasi Kedah masih terngiang-ngiang dalam ingatan.
      Terdapat 6 blok kolej kediaman, 4 blok perempuan dan 2 blok lelaki. Aku menginap di blok C1 tingkat 2, betul-betul berhadapan dengan masjid. Satu bilik boleh memuatkan 4 orang pelajar, Satu aras mempunyai 2 buah tandas dan satu blok mempunyai satu dobi. Bagi aku, aku berpuas hati dengan segla kemudahan yang disediakan walaupun tidak sempurna, kemudahan-kemudahan tersebut telah banyak membantu aku dalam menjalani kehidupan seharian.


       Kolej Matrikulasi Kedah juga mempunyai 6 dewan kuliah dan 52 buah bilik tutorial. Semuanya dilengkapi dengan kelengkapan yang membantu pensyarah dan pelajar melakukan sesi pembelajaran dengan lebih efektif.  Terdapat 3 kafe di Kolej Matrikulasi Kedah, semuanya menjual aneka makanan yang lazat serta murah. Sekian sahaja coretan kali ini, terima kasih :)

      

Comments

Popular Posts