Mi Segera
Hai Assalamualaikum.Sebagai seorang pelajar, makanan yang lazim aku makan adalah mi segera. Bukan sahaja murah, mi segera dapat disediakan dengan masa yang singkat dan dapat mengenyangkan perut. Walaupun mengandungi kandungan msg yang tinggi, mi segera adalah jalan pintas terbaik untuk aku berjimat cermat sebagai seorang pelajar. Jadi di sini, aku akan kongsikan tentang mi segera yang pernah aku cuba.
Yang pertama semestinya kegemaran hampir satu Malaysia, mi segera jenama Maggi berperisa kari. Ini merupakan antara kegemaranku juga. Kalau masak di rumah lagi sedap, tambah cili dan telur, haih terliur pula.
Yang ini pula bukan mi segera tetapi kuey tiaw segera jenama Pama. Yang ini merupakan kegemaranku buat masa sekarang kerana rasa kuahnya yang lembut. Aku juga suka kuey tiawnya tetap sedap walaupun sudah kembang masih sedap dibandingkan dengan mi segera yang lembik apabila sudah kembang.
Ini adalah mi segera dari thailand berperisa tomyam. Rasa kuahnya memang kawww dan padu. Sungguh pedas dan pekat tetapi mi nya agak nipis berbanding dengan mi segera jenama lain. Aku selalu mengambil mi segera jenama lain untuk dimakan bersama perencah mi segera jenama thailand ini.
Comments
Post a Comment