Penjagaan bibir
Hai semua!! Hari ini aku akan berkongsi tentang produk-produk yang aku gunakan untuk bibir aku. Aku memiliki bibir yang pucat jadi aku tidak pernah keluar tanpa sebarang produk di bibirku. Produk pertama yang aku guna pada setiap hari ialah lipbalm. Aku memakai lipbalm jenama Sebamed kerana dicadangkan oleh seorang kawan. Aku memiliki dua jenis lipbalm Sebamed, satu mempunyai warna dan satu lagi tidak. Produk ini dipasarkan dengan pelbagai perisa jadi ia meninggalkan rasa yang menyenangkan di bibi sekaligus membantu mengekalkan kelembapan bibir.
Seterusnya bagi tujuan menyolek muka, aku menggunakan pelbagai jenis lipstik, antaranya ialah lipstik 'matte' jenama IN2IT, Silkygirl, Huda Beauty dan lain-lain.
Akhir sekali, untuk kegunaan harian dan bersukan, aku menggunakan lip tint juga daripada IN2IT. Ini adalah kerana lip tint mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding 'matte' dan sesuai dipakai pada bila-bila masa.
Jado itu sahaja untuk coretan kali ini. Sekian, terima kasih :)
Comments
Post a Comment