Movie Review

      Pada hari jumaat yang lepas, aku dan dua orang rakanku pergi ke Mytown untuk menonton wayang. Kami bertolak selepas jumaat menaiki bas MRT dan turun di MRT Stadium Kajang. Kami kemudiannya menaiki MRT ke stesen Cochrane dan terus sampai ke Mytown. Kami membeli tiket wayang sejurus selepas tiba di Mytown. Kami mendapat diskaun pelajar selepas menunjukkan kad pelajar. Kami telah bersepakat untuk menonton cerita Venom, sebuah cerita keluaran Marvel yang menceritakan tentang alien. 
      Ceritanya adalah tentang sifat tamak seorang manusia, yang ingin membawa manusia hidup di planet lain dan meneroka angkasa lepas. Dia mejumpai beberapa alien dan membawanya pulang ke bumi. Alien-alien tersebut kemudiannya masuk ke badan manusia dan merancang untuk makan semua manusia. Nak tahu pengakhirannya? Ha tengok lah sendiri hahahahaha. Secara keseluruhannya, aku amat beruas hati dengan cerita ini, plotnya menarik, pengakhirannya juga menarik bagi aku. Jadinkoang semua pergi lah tengok yeeee.

Comments

Popular Posts