Burger Paling Pedas!!!!


     Assalamualaikum dan hai semua! Hari ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku makan di salah sebuah restoran yang terletak di Bangi, Selangor.
      Aku dan rakan baikku, Afiz, pergi berjalan-jalan untuk mengisi masa lapang. Kami pergi ke IOI Mall Putrajaya untuk menonton filem kemudiannya singgah di Family Mart untuk mencuba 'oden' yang semakin tular di media sosial.

      Aku dan Afiz memesan aneka 'oden' seperti 'king crab', kek ikan dan pelbagai lagi yang tidak aku ingat namanya. Bagi aku, rasanya seakan-akan yong tau foo tetapi dicelup dengan kuah asam pedas. Kuahnya juga tidaklah begitu berperisa, rasa seperti asam pedas yang kekurangan garam hahahahahahaha. Seterusnya kami memesan ais krim Family Mart yang juga tular di media sosial. Afiz memesan perisa kelapa manakala aku memesan perisa tembikai susu.



ICE CREAM TEMBIKAI SUSU DAN KELAPAAA. Okay ni aku jujur memang sedap sangat sangat. Aku juga telah mencuba ais krim kelapa milik Afiz dan rasanya juga boleh tahan, sedikit manis bagi citarasa aku.







      Selesai makan kami sambunng berjalan-jalan di pusat beli-belah terebut sambil 'window shopping'. Mungkin kerana berjalan terlalu lama, perut kami kembali berkeroncong. Kami memutuskan untuk makan di sebuah restoran di Bangi. Nama restoran tersebut ialah Salt & Pepper.


      Selepas kami mendudukkan diri di meja makan, seorang pelayan perempuan memberi menu kepada kami. Menunya adlah bercirikan makanan barat, tetapi lebih tertumpu kepada burger. Ada juga spaghetti dan sebagaimya tetapi aku lebih tertarik untuk memesan burger yang merupakan 'signature dish' restoran tersebut. Aku memesan burger yang ayam 'cheezy' yang jua dikatakan pedas kerana aku memang penggemar makanan pedas manakala Afiz memesan burger daging yang tidak pedas. Kami juga memesan ayam bbq pedas sebagai hidangan sampingan.


      Dalam satu suapan sahaja, rasa pedas itu sudah menguasai tunas rasaku. Itu merupakan buger terpedas yang pernah aku makan. Aku yang jenis biasa menahan pedas juga mengalami kesukaran untuk menghabiskan burgerku. Rasa burger tersebut juga memuaskan, setanding dengan Spicy Chicken McDeluxe kegemaranku. Kami cuma memesan air kosong bagi menghilangkan dahaga. Ayam yang dikatakan pedas itu bagi aku takdalah pedas mana, jika dibandingkan dengan burger yang aku makan. Jadi aku mencadangkan semua orang unuk mencuba burger paling pedas ini!! Itu sahaja untuk 'post' kali ini. Sekian terima kasih :)

Comments

Popular Posts