Rutin Penjagaan Muka
RUTIN PENJAGAAN MUKA HARIAN <3
Semua perempuan mesti nak cantik kan? Boleh dikatakan hampir semua perempuan memang suka berhias dengan pakai alat solek, minyak wangi dan sebagainya. Baiklah, jadi langkah pertama nak bagi solekan nampak elok kat muka ialah muka yang licin bak kata orang putih 'flawless'. Jadi di sini aku nak kongsi rutin penjagaan muka harian aku. Muka aku takdalah 'flawless' pun, cuma harap dapat menjadi panduan kepada pembaca untuk memilih produk penjagaan muka yang sesuai.
Aku mulakan dengan rutin pagi dahulu. Untuk asas penjagaan kulit pada waktu pagi, aku gunakan rutin asas iaitu dimulakan dengan pencuci muka. Pencuci muka yang aku gunakan ialah Simple Gel Cleanser. Oh lupa nak bagitahu, jenis kulit aku ialah berminyak jadi pencuci muka jenis krim tak begitu sesuai untuk kulit aku. Kulit aku juga jenis 'acne-prone' jadi pencuci muka jenis buih boleh jadi terlalu kasar untuk kulit aku. Aku memilih pencuci muka ini kerana ia mengandungi pH yang rendah dan dicadangkan oleh ramai pakar penjagaan muka.
Langkah seterusnya ialah 'hydrator'. Disebabkan aku mempunyai kulit yang agak sensitif, aku menggunakan aloe vera sebagai 'hydrator'. Aku menggunakan jenama Guardian kerana ia mengandungi 100% aloe vera dan juga murah.
Langkah seterusnya ialah pelembab. Pelembab bertindak untuk mengunci kelembapan yang dihasilkan oleh 'hydrator'. Oleh kerana kulit aku jenis berminyak dan aku masih perlu bersolek selepas menggunakan pelembap, aku memilih untuk memakai pelembab jenis gel dan pelembap yang aku gunakan ialah Hada Labo Moisturizing Gel. Ia mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acid yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.
Langkah terakhir sebelum memakai alat solek ialah krim pelindung cahaya matahari. Langkah ini adalah sangat penting kerana sinar UV mampu merosakkan kulit kita dan sesetengah kes, boleh membawa kepada kanser kulit. Ada banyak krim yang dijual di kedai-kedai seperti Guardian dan Watsons tetapi aku memilih untuk menggunakan krim pelindung jenama Biore. Aku pernah cuba jenama Sunplay milik kawan aku dan aku lebih suka Sunplay tapi aku dah terbeli dua botol Biore jadi aku akan habiskan yang itu dahulu.
Jadi itu sahaja rutin pagi penjagaan muka aku sebelum memakai alat solek. Aku akan kongsikan rutin penjagaan kulit pada waktu malam pula dalam coretan seterusnya. Terima kasih :)
Comments
Post a Comment