Rutin Penjagaan Muka (PM)

      Hai!!! Okay, seperti yang dijanjikan, coretan kali ini adalah tentang rutin penjagaan muka aku pada sebelah malam  pula. Untuk rutin malam, aku biasanya agak berlebihan dalam penjagaan muka kerana aku tidak perlu memakai alat solek pada waktu malam. Aku juga fokus untuk memastikan kulit aku mendapat kelembapan yang secukupnya.
      Langkah pertama ialah 'make-up remover'. Aku menggunakan kaedah 'double cleansing' iaitu membersihkan muka sebanyak dua kali ( aku buat tiga kali sebenarnya hahahaha ). 'make-up remover' yang aku gunakan ialah Garnier Micellar Water dan Biore Oil Cleanser. Sebab aku menggunakan kaedah ini ialah untuk memastikan muka aku bersih sebersih-bersihnya kerana sisa alat solekan boleh menyebabkan muka aku naik jerawat.
      Sejurus selepas aku membersihkan alat solek, aku membasuh muka dengan menggunakan pencuci muka. Aku menggunakan pencuci muka Simple Gel Cleanser, pencuci muka yang sama aku gunakan pada waktu pagi. Selepas aku mengeringkan muka, aku memakai 'toner'. Toner yang aku gunakan juga daripada jenama Simple. Aku suka produk Simple kerana ianya tidak mempunyai bau dan tidak mempunyai alkohol. 

selepasku meletakkan 'acne cream' sekiranya aku mempunyai jerawat. Aku menggunakan Oxy cream yang mempunyai bahan seperti benzoyle peroxide untuk mengecutkan jerawat.
Selepas krim itu telah meresap, aku sambung dengan memakai 'sheet mask'. Aku menggunakan pelbagai jenama 'sheet mask' seperti Dr Morita, Happy Mask, Real Nature dan Eco Beyond tetapi kegemaran aku ialah jenama Innisfree. 
Akhir sekali, aku meratakan pelembab sebelum aku tidur. Pelembab yang aku gunakan ialah Simple Light Moisturiser. Teksturnya sangat ringan dan tidak berminyak walaupun kulit aku jenis berminyak. Setelah selesai melakukan kesemua, rutin tersebut barulah aku boleh tidur. Terima kasih kerana membaca :)


Comments

Popular Posts