INNISFREE REVIEW

                                                         INNISFREE

            Hai semua!! Sejak dua menjak ni aku banyak membeli produk penjagaan muka dari Innisfree dan di sini aku akan kongsikan pendapat aku tentang produk-produk tersebut. Aku sebenarnya tahu tentang Innisfree dari aplikasi Twitter, aku terbaca seorang 'tweetfamous' mencadangkan no-sebum powder daripada Innisfree. Jadi, selepas itu aku pergi ke salah satu cawangan Innisfree yang terletak di KLCC. Apa yang paling menarik perhatian aku ialah 'foundation'nya, kita boleh memilih tona 'foundation' yang kita mahukan dan seterusnya memilih corak untuk bekas foundation  tersebut, MENARIK BUKAN??!!!! Tapi aku tak beli la sebab 'foundation' aku banyak lagi. Seterusnya, aku tertarik untuk melihat kepelbagaian dalam produk penjagaan muka nya. Terdapat 'green tea line', 'orchid line' dan banyak lagi. Semuanya dengan fungsi yang berbeza. Antara semua aku paling tertarik dengan 'Volcanic Clay Mask' kerana ia berfungsi untuk penjagaan pori. Aku terus membeli 'mask' terebut tanpa berfikir panjang. Pertama kali mencuba produk tersebut, aku terus jatuh cinta terhadapnya. Semasa menunggu 'mask' kering di muka, aku dapat rasakan aroma sejuk yang menyenangkan di mukaku. Selepas membasuhnya, mukaku terasa segar dan terasa seperti semua kotoran dan minyak di pori-poriku telah lesap semuanya!! 'Mask' ini telah menjadi antara rutin penjagaan mukaku dan aku memakainya sebanyak 2 kali seminggu.
      Seterusnya, produk yang aku telah cuba ialah 'capsule mask'. Salah satunya merupakan 'sleeping mask' di mana aku memakainya sebelum tidur. Pendapat aku tentang produk ini ialah ianya biasa-biasa sahaja, kerana ia tidak memberi kesan yang besar terhadap kulit, tetapi jaminannya ialah, bangun tidur kulit rasa lembap dan licin!! Saiz produk ini kecil sahaja, boleh pakai dalam 3 kali, berpatutan dengan harganya, hanya RM10.40. 
      Akhir sekali, produk yang ingin aku kongsikan ialah 'sheet mask' daripada Innisfree. Ianya merupakan 'sheet-mask' kegemaranku di antara semua jenama yang pernah aku cuba. Pertama sekali, harganya adala yang termurah antara semua jenama yang pernah aku pakai, hanya RM4.50!!! Kedua, kebanyakan 'sheet-mask' yang bertujuan untuk melembabkan kulit, tidak memberikan kesegaran selepas memakainya tetapi meninggalkan kesan berminyak di kulit. Tetapi, produk ini telah mengubah perspektif aku terhadap 'sheet-mask' kerana ianya sangat menyegarkan dan melembabkan tanpa membuat kulit rasa berminyak. Terdapat pelbagai sheet-mask yang terdapat di Innisfree tapi yang selalu aku pakai ialah 'Tea Tree' dan Aloe Vera.
      Jadi itu sahaja untuk coretan kali ini. Aku akan kongsikan tentang topik lain di coretan seterusnya. Terima kasih :)

Comments

Popular Posts